Keajaiban SAINS dalam AL-QURAN

Banyak fakta-fakta sains yang membenarkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran. fakta-fakta itu ditemui setelah lama Baginda s.a.w wafat. Ini bukan sahaja membuktikan bahawa al-Quran itu datang daripada Allah, malah ia juga membuktikan kebenaran al-Quran yang merentasi masa dan ruang.
Antara beberapa fakta sains yang dikatakan menyokong kebenaran al-Quran ialah:
1) Bintang-bintang dan Nebula Ros
Allah berfirman yang bermaksud: "Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi mawar merah seperti (kilapan) minyak". (Surah al-Rahman 55:37). Penemuan sains pada hari ini menunjukkan apabila bintang mengalami proses kehancuran, ia bertukar menjadi gumpalan gas. Gas-gas ini kemudiannya bersinar dan apabila dilihat dari jauh, ia menyerupai bentuk-bentuktertentuu antaranya bentuk bunga ros yang bersinar.

2) Di Sebalik Tiga Kegelapan
Allah berfirman yang bermaksud: "Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu  kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan." (Surah al-Zumar 39:6). Menurut Said Hawa , "tiga kegelapan" merujuk kepada abdomen, rahim dan uri. Kenyataan ini selari dengan penemuan sains menurut Prof Keith L. Moore pakar embriologi.


3) Bijiran Bertangkai
Allah berfirman dalam surah Yusuf ayat 47-48 yang bermaksud: Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya, kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu tujuh tahun kemarau yang besar yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya , kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
Berdasarkan kajian Dr. 'Abd al-Majid bil-abid dan rakannya dari Universiti Rabat di Morocco terhadap bijirin menemui penemuan berikut terhadap bijirin  yang disimpan tanpa tangkai dan bijirin yang disimpan dengan tangkai selama dua tahun.



Bijirin dengan tangkai
  • Tiada sebarang perubahan direkodkan, malah masih segar 100% untuk dijadikan benih. 
  • hilang sejumlah air dan menjadikan bijirin tersebut lebih kering.
  • Kadar kandungan gula dan protein tidak berkurang.
Bijirin tanpa tangkai
  • Normal
  • 20.3% daripada berat bijirin adalah air yang boleh merosakkan bijiran.
  • Kadar kandungan gula dan protein menurun sebanyak 32%;
Wallahu 'alam.

Sumber: International Commision on Scientific Sign in Quran dan Sunnah, http://www.eajaz.org dan http://www.quranmiracles.com

0 respon:

Post a Comment